Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Kunjung Hormat ke Planetarium Negara

23 Februari 2021 (Selasa)

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkesempatan mengadakan sesi kunjung hormat ke Planetarium Negara pada hari ini. Rombongan kami telah disambut oleh Pengarah Planetarium Negara, Puan Anita Bahari beserta pegawai kanan.

Planetarium Negara merupakan rakan strategik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan khususnya dalam bidang falak. Antara ruang kerjasama bersama pihak Planetarium adalah memberikan pendidikan falak kepada masyarakat melalui program bersama PMWP.

Sepanjang tahun lepas dua program kepada guru pembimbing kelab falak di sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan menggunakan kemudahan di Planetarium berjaya dilaksanakan dengan jayanya. .Kerjasama seumpama ini akan diteruskan bagi mengembangkan ilmu falak ke peringkat akar umbi.