AL-KAFI # 1839 : STATUS NAQA’ DAN FATRAH DALAM TEMPOH HAID

 

NAQA min

SOALAN

Assalammualaikum, saya keliru untuk menentukan darah yang terhenti-terhenti di pertengahan haid sama ada dikira suci atau tidak. Mohon pencerahan SS Mufti

Ringkasan Jawapan:

Fatrah: Keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar, namun sekiranya dimasukkan kapas ke dalam faraj, kelihatan kesan warna darah pada kapas. Oleh itu, fatrah ini dikira haid tanpa perselisihan ulama.

Naqa’: Keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar dan tidak kelihatan kesan darah (suci) pada kapas setelah dimasukkan ke dalam faraj.  Naqa’ tersebut akan dikira haid sekiranya memenuhi beberapa syarat-syarat yang ditetapkan.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Waktu fatrah dan naqa’ adalah tempoh darah   terputus atau berhenti  mengalir keluar.

Fatrah: Keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar, namun sekiranya dimasukkan kapas ke dalam faraj, kelihatan kesan warna darah pada kapas. Oleh itu, fatrah ini dikira haid tanpa perselisihan ulama.

Naqa’:  Keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar dan tidak kelihatan kesan darah (suci) pada kapas setelah dimasukkan ke dalam faraj,  [1].  (Rujuk Hawasyi Syawarni wa Ibn Qassim al-Ibadi fi Syarh al-Minhaj 1/ 276) (Rujuk Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah   al-Faldz al-Minhaj (1/294)

Semasa wanita mengalami masa naqa’ (berhenti dicelah-celah antara darah)  sewaktu dalam tempoh haid terbahagi kepada dua :

1.   Naqa’ yang Dihukum  Haid

Masa naqa’ (terputus-putus) yang berada dicelah-celah sekurang-kurang haid (24 jam) dan maksimum haid (15 hari) dihukumkan  sebagai haid  kerana naqa’ mengikut waktu darah haid dengan memenuhi syarat-syarat berikut :

Sekiranya wanita melihat darah yang keluar serta  masa naqa’ (terputus/terhenti) yang berada diantara celah celah darah dihukumkan haid sekiranya memenuhi syarat-syarat diatas. Ini adalah pandangan yang muktamad.[2] (Rujuk Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah   al-Faldz al-Minhaj (1/293)

2.       Naqa’ yang Dihukumkan Suci  

 

Justeru itu, naqa’ di celah-celah  darah menyebabkan khilaf (perselisihan) dalam   perlaksanaan solat, puasa, tawaf dan mandi wajib. Tidak sah perlaksaan ibadah tersebut pada naqa’ dicelah-celah antara darah mengikut pendapat muktamad yang menghukumkan haid sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.  Sebaliknya, perlaksanan ibadah sah pada waktu naqa’ dicelah - celah darah menurut pandangan kedua dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa tempoh naqa’ itu suci, iaitu bukan tempoh darah haid.

Penutup.

Kesimpulannya, tempoh (fatrah) dikira haid tanpa perselisihan ulama dan naqa’ dihukumkan  haid sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah dikemukakan, maka solat, puasa,tawaf  dan  mandi wajib  tidak sah menurut pendapat muktamad. Sementara  itu, pandapat kedua yang menyatakan tempoh naqa’ adalah  suci boleh diaplikasikan   bagi situasi dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah.

 

[1] والفرق بينهما أن النقاء شرطه أن تخرج القطنة بيضاء نقية والفترة تخرج معها ملوثة

Sheikh Abdul Aziz Khalidi,  (1971) Hawasyi Syawarni wa Ibn Qassim al-Ibadi fi Syarh al-Minhaj, Beirut : Dar al-Kitab Ilmiah. Jld.1 p: 276

 

أَمَّا الْفَتَرَاتُ فَهِيَ حَيْضٌ قَطْعًا وَالْفَرْقُ بَيْنَ الْفَتْرَةِ وَالنَّقَاءِ كَمَا قَالَهُ فِي زَوَائِدِ الرَّوْضَةِ أَنَّ الْفَتْرَةَ هِيَ الْحَالَةُ الَّتِي يَنْقَطِعُ فِيهَا جَرَيَانُ الدَّمِ وَيَبْقَى أَثَرٌ لَوْ أَدْخَلَتْ قُطْنَةً فِي فَرْجِهَا لَخَرَجَتْ مُلَوَّثَةٌ، وَالنَّقَاءُ أَنْ تَخْرُجَ نَقِيَّةً لَا شَيْءَ عَلَيْهَا،

[2]الْأَظْهَرُ   أَنَّ (النَّقَاءَ بَيْنَ) دِمَاءِ (أَقَلِّ الْحَيْضِ) فَأَكْثَرَ (حَيْضٌ) تَبَعًا لَهَا بِشُرُوطٍ: وَهِيَ أَنْ لَا يُجَاوِزَ ذَلِكَ خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا، وَلَمْ تَنْقُصْ الدِّمَاءُ عَنْ أَقَلِّ الْحَيْضِ، وَأَنْ يَكُونَ النَّقَاءُ مُحْتَوَشًا بَيْنَ دَمَيْ حَيْضٍ، فَإِذَا كَانَتْ تَرَى وَقْتًا دَمًا وَوَقْتًا نَقَاءً وَاجْتَمَعَتْ هَذِهِ الشُّرُوطُ حَكَمْنَا عَلَى الْكُلِّ بِأَنَّهُ حَيْضٌ، وَهَذَا  يُسَمَّى قَوْلَ السَّحْبِ

Naqa’ yang berada dicelah celah  darah    (ditarik/diheret)  SAHAB  kepada hukum haid

[3] وَالثَّانِي: أَنَّ النَّقَاءَ طُهْرٌ؛ لِأَنَّ الدَّمَ إذَا دَلَّ عَلَى الْحَيْضِ وَجَبَ أَنْ يَدُلَّ النَّقَاءُ عَلَى الطُّهْرِ، وَهَذَا يُسَمَّى قَوْلَ اللَّقْطِ وَقَوْلَ التَّلْفِيقِ، أَمَّا النَّقَاءُ بَعْدَ آخِرِ الدِّمَاءِ فَطُهْرٌ قَطْعًا، وَإِنْ نَقَصَتْ الدِّمَاءُ عَنْ أَقَلِّ الْحَيْضِ فَهِيَ دَمُ فَسَادٍ، وَإِنْ زَادَتْ مَعَ النَّقَاءِ بَيْنَهَا عَلَى خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا فَهِيَ دَمُ اسْتِحَاضَةٍ،

al-Khatib as-Syirbini as-Syafie, Shamsuddin, Muhammad Bin Ahmad, 1994 Mughni al Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Dar al-Kutub al-‘Ilmia Jld. 1 p:293,294.