Irsyad al-Hadith Siri ke-11 : Hadis tentang tanggungjawab ulama kepada umat

SOALAN:

Apakah maksud hadith "lmu ini akan dibawa oleh para ulama yang adil dari tiap-tiap generasi. Mereka akan menafikan segala penyimpangan yang dilakukan oleh orang-orang yang melampau, menolak kebohongan pelaku kebathilan dan ta’wilan orang-orang jahil” ?

 

JAWAPAN :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibrahim bin ‘Abdulrahman al-‘Uzriy bahawa Nabi SAW bersabda :

يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُهُ، يَنْفُوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ، وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِيْنَ، وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ

Maksudnya : “Ilmu ini akan dibawa oleh para ulama yang adil dari tiap-tiap generasi. Mereka akan menafikan segala penyimpangan yang dilakukan oleh orang-orang yang melampau, menolak kebohongan pelaku kebathilan dan ta’wilan orang-orang jahil”.

[Riwayat al-Baihaqi  dalam Sunan al-Kubra (20700) dan al-Tabrani dalam Musnad al-Syammin (599). Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani di dalam tahqiq kepada kitab Misyhkah al-Mashabih (248).

 

Makna al-Hadith

Hadith ini menceritakan bahawa agama Islam berdiri teguh hingga akhir zaman. Ia dipelihara dengan adanya ulama’-ulama’ terdahulu sehinggalah sekarang daripada segala unsur-unsur yang tidak baik dengan tujuan merosakkan agama. Selain itu, berdasarkan hadith ini juga, kita dapat memahami bahawa tugas menjaga agama sentiasa ada dan berjalan oleh para ulama’ yang ‘udul atau thiqah (dipercayai). Ini bukanlah satu tugas yang mudah kerana setiap ulama’ itu perlu menjaga kesucian agama ini daripada penyimpangan  dan ta’wilan yang dilakukan oleh golongan yang melampau dan jahil. Di samping itu, ini menunjukkan bagaimana Allah SWT menjaga kesucian agama ini dengan melantik para ulama’ yang ‘udul dan ia juga menunjukkan akan bukti-bukti kenabian.[ Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, 1 : 17]

 

Fiqh al-hadith

Antara fiqh al-hadith yang dapat dikeluarkan daripada hadith ini ialah :

Akhirnya, semoga dengan pencerahan ini, Allah SWT kurniakan kepada kita taufiq, hidayah dan inayah-Nya. Amin.