IRSYAD HUKUM KE-49: MAKSUD TAUBAT DAN SYARAT-SYARATNYA

 

SOALAN

Apakah maksud taubat dan syarat-syarat taubat?

 

JAWAPAN

Taubat dari segi bahasa dengan maksud kembali.

Imam al-Ghazali mendefinisikan taubat pada istilah sebagaimana dengan kitab Minhaj al-Abidin iaitu dengan kerja hati yang apabila tahsil daripada pendapat ulama: Pembersihan dan penyucian hati daripada dosa.

Imam al-Ghazali menaqalkan definisi taubat yang ketiga daripada gurunya Abu Bakar al-Turtusi dengan: Meninggalkan pilihan dosa seumpamanya dahulu daripadanya kedudukan (manzilah) bukan gambaran (surah) kerana membesarkan Allah SWT dan waspada daripada kemurkaan-Nya.

Dinyatakan di sini ungkapan ulama sufi tentang taubat daripada kitab al-Risalah al-Qusyairiyah:

 

Syarat-syarat taubat

 

Kami menutup perbincangan ini dengan mengemukakan kenyataan Ibn Abbas R.Anhuma:

التَوْبَةُ النصوحُ الندمُ بالقَلْبِ، والاسْتِغْفَارُ بِالِسَانِ، والاقلاعُ بالبَدْنِ، والإِضْمَارُ عَلَى ألا يعودَ

Maksudnya: “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.”

            Semoga Allah faqihkan kita dalam agama ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

6 Syawal 1436H