IRSYAD HUKUM KE-25: PENGERTIAN MURTAD

Apakah maksud riddah atau murtad?

 

Jawapan:

Dalam menjawab persoalan ini, kedua-dua perkataan ini daripada bahasa Arab. Di mana riddah lebih menunjukkan kepada masdar sedangkan murtad kepada isim fa’il. Secara terperinci saya nyatakan seperti berikut:

Dibahagikan definisi ini kepada dua bahagian iaitu dari segi bahasa dan istilah.

Murtad atau riddah dalam bahasa Arab merupakan isim masdar daripada perkataan  اِرْتَدَّ يَرْتَدُّ اِرْتِدَادًا membawa maksud beralih daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. 

Ibn Faris dalam kitabnya Mu’jam Maqayis al-Lughah (2/386) berkata: “Asal perkataan ini ra dan dal iaitu memberi maksud kambali pada sesuatu dan dinamakan murtad kerana seseorang itu kembalikan jiwanya kepada kufur. Atas asas inilah murtad nama bagi yang kembali pada kufur.”

Menurut istilah undang-undang Islam pula, murtad ialah beralih daripada memeluk Islam kepada memeluk agama lain atau anutan lain. Perkataan murtad merupakan isim fa’il kepada pelaku murtad. Walaupun begitu, penulis tidaklah membezakan sangat antara pengertian murtad dan riddah.

Penulis mengemukakan pendapat ulama berkenaan dengan pengertian murtad:

Meneliti pendapat fuqaha melalui definisi masing-masing, penulis dapat membuat beberapa noktah persamaan antara mereka iaitu:

Akhirnya, penulis mengemukakan takrif secara keseluruhan seperti yang dinukilkan daripada kitab Uqubah al-I’dam (hal. 349) menyebut: Murtad ialah seseorang Islam secara pilihan dengan Islamnya telah memutuskan untuk keluar sama ada dengan ucapan, perbuatan atau iktikad atau meragui apa yang telah dimaklumi dalam agama secara darurat.

Semoga Allah memelihara kita daripada terjerumus ke lembah kemurtadan yang akhirnya kita berada dalam keadaan keredhaan Allah dengan ilmu dan juga keyakinan yang terwujud pada diri kita.

Akhukum Fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan