-
TINTA MUFTI BIL. 3/2020: BERSAMA MEMBANGUN NEGARA
Tinta Mufti Bil. 3/2020: Bersama Membangun Negara adalah sepert...
Home
AL-KAFI #833: I'TIKAF DI SURAU DIRI JUMAAT DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN
- Details
- Uploaded by Mohamad Razif
Soalan
Jika kita berada di dalam majlis ilmu di dalam surau diri Jumaat, bolehkah kita berniat iktikaf kerana saya ada dengar iktikaf hanya untuk 10 malam terakhir Ramadhan?
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Allah SWT berfirman:
وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
Maksudnya: Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.
(Surah al-Baqarah: 187)
Ibn Kathir berkata: Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa ayat ini berkenaan dengan seseorang yang beri’tikaf di dalam masjid pada bulan Ramadhan atau di luar bulan Ramadhan, Allah SWT mengharamkannya mencampuri isteri pada malam atau siang hari sehingga dia menyelesaikan i’tikafnya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/208)
I’tikaf dari segi bahasa ialah tetap dan tenteram dengan sesuatu. Manakala menurut syara’, i’tikaf ialah berada di dalam masjid dengan niat tertentu. I’tikaf dikira sah sekiranya memenuhi dua syarat:
- Niat : Yakni berniat pada permulaan i’tikaf, iaitu berniat berada di dalam masjid selama tempoh yang tertentu dengan tujuan beribadat kerana melaksanakan sunnah. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dengan niat keduniaan atau tanpa sebarang tujuan, perbuatannya itu tidak dianggap i’tikaf dari segi syara’.
- Berada di dalam masjid dalam tempoh yang dikira i’tikaf pada anggapan umum. Termasuk juga dalam syarat ini ialah syarat-syarat harus tinggal di dalam masjid, iaitu suci daripada janabah, haidh, nifas dan tiada sebarang najis pada pakaian dan badan yang boleh mengotori masjid.
I’tikaf seseorang dikira batal apabila keluar daripada masjid tanpa sebab. Namun, i’tikaf tidak batal sekiranya dia keluar dengan bersebab dan masuk semula ke dalam masjid. Ia dianggap sama hukumnya dengan i’tikaf yang berterusan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/119-120)
Adab-Adab I’tikaf
Kami nukilkan juga disini sebahagian daripada adab-adab i’tikaf:
- Orang yang beri’tikaf sunat membuat amalan yang mentaati Allah SWT, seperti berzikir, membaca al-Quran dan membincangkan ilmu pengetahuan. Ini kerana amalan itu lebih sesuai untuk mencapai tujuan i’tikaf tersebut.
- Beri’tikaf serta puasa adalah afdhal dan lebih mampu menguasai keinginan nafsu, menumpukan fikiran dan membersihkan jiwa.
- Beri’tikaf di masjid, yang didirikan solat Jumaat.
- Jangan bercakap-cakap kecuali perkara yang baik. Jangan memaki, mengumpat, mengacum dan berbual-bual perkara yang tidak berfaedah. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/122)
Untuk maklumat lanjut, kami pernah menjawab berkenaan iktikaf dalam Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #79: Iktikaf: Pengertian Dan Persoalan Berkaitan[1]
Surau Diri Jumaat
Di Malaysia, terdapat satu istilah yang digunakan kepada surau yang diberikan padanya kebenaran oleh pihak berkuasa untuk mendirikan solat Jumaat. Istilah bagi surau tersebut adalah “Surau Diri Jumaat” bagi melambangkan bahawa surau tersebut ada menunaikan solat Jumaat.
Jika kita melihat kepada perbahasan sebelum ini dalam IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-103 : HUKUM MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID DI SURAU DIRI JUMAAT, kita telah melihat bahawa masjid telah diberikan definisinya yang tersendiri mengikut hukum syara’ dan kita juga telah mengetahui bahawa istilah surau tidak pernah wujud di dalam Bahasa Arab dan menyebabkan para ulama’ dan fuqaha’ tidak pernah membincangkannya. Namun, apabila kita melihat kepada fungsi sesetengah surau yang ada di Malaysia, kita dapati bahawa ianya menepati ciri-ciri sebuah masjid.
Sesetengah surau di Malaysia padanya dilaungkan azan, ditunaikan solat lima waktu berjemaah di dalamnya, bahkan surau-surau ini ada carta organisasinya yang tersendiri dari sudut pentadbiran dan juga bangunan yang sesuai. Surau-surau ini juga telah didaftarkan dengan jabatan-jabatan agama negeri masing-masing untuk mendapatkan pengesahan seterusnya mula beroperasi. Surau-surau seperti ini wujud di kawasan perumahan awam yang mana apabila pihak pemaju ingin memajukan sesuatu kawasan yang majoritinya beragama Islam, maka sebidang tanah telah diperuntukkan untuk dibinakan surau atau masjid yang mana tanah itu akan diambil alih pengurusannya oleh majlis atau jabatan agama yang terbabit. Atas dasar ini, kami melihat, meskipun asal pada namanya adalah surau namun ianya telah menepati ciri-ciri masjid yang telah ditetapkan di sisi para ulama'.
Berdasarkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-96 yang telah bersidang pada 24 Februari 2016 yang bersetuju untuk membenarkan ditunaikan solat sunat tahiyyatul masjid di surau diri Jumaat, maka kami juga cenderung untuk menyatakan dibolehkan i'tikaf di surau Diri Jumaat dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Adapun mereka yang di luar Wilayah Persekutuan, hendaklah mengikut fatwa yang telah ditetapkan di negeri masing-masing.
Semoga pencerahan ini mendapat kefahaman yang jelas berkenaan dengan isu i’tikaf. Amin.
____________________________
[1] Lihat http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-khas-ramadhan-cat/1051-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-79-iktikaf-pengertian-dan-persoalan-berkaitan
AL-KAFI #832: IS IT TRUE THAT SOMEONE WHO DIED IN MEDINA IS CONSIDERED AS SYAHID (MARTYR)?
- Details
- Uploaded by Mohamad Razif
Question:
If someone died in Medina, is he considered as a syahid (martyr)?
Answer:
Alhamdulillah, praise and thanks to Allah for the many countless blessings He has blessed us all with. Blessings and salutations to the Prophet Muhammad PBUH, his wives, his family, companions and all those that follow his teachings to the day of judgement.
Answering the above question, there is an evidence stating the benefits for anyone who passed away in Medina. From Ibn Umar RA, the Prophet PBUH said:
مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ فَإِنِّي أَشْهَدُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا
“Whoever among you can die in Al-Madinah, let him do so, for I will bear witness in favor of those who die there.”
Sunan Ibnu Majah (3112)
There is another narration from Ibn Umar R.Anhuma, where the Prophet PBUH said:
مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
“Whoever is able to die in Al-Madinah, then let him die there, for I will intercede for those who die there.”
Musnad Ahmad (5952), Sunan al-Tirmizi (3917) and al-Baihaqi in Syu’ab al-Iman (4185)
The meaning of “whoever among you can die in Medina” (أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ), means live there until one die in Medina. While the phrase “let him die” (فَلْيَمُتْ بِهَا), means stay and settled there until he passes away and it is an encouragement to live there. (See Tuhfah al-Ahwazi, 10/286)
Imam al-Tibi said: “The commandment to die in Medina is not within the realms of human capability, but it falls under the will of Allah SWT. However, the hadith is meant as an encouragement to stay and live in the city and not to move out so that it may be a reason that he will die there.” (See Tuhfah al-Ahwadzi, 10/286)
Saidina Umar RA used to recite the following supplication:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“O Allah! Grant me martyrdom in Your cause, and let my death be in the city of Your Apostle.”
Sahih al-Bukhari (1890)
According to the above supplication of Saidina Umar, Imam al-Nawawi state that to supplicate to die in an honoured place is permissible. (See al-Majmu’, 5/118)
According to the above evidences, it is not stated that for someone who dies in Medina is considered as a martyr, but he will receive special benefit where the Prophet PBUH himself will speak on his behalf. Hence, Saidina Umar RA will receive two benefits for his death:
First, he is considered as a martyr and he receive a husnul khatimah death for he was murdered by the enemy of Allah and is preparing to meet Him.
Second, Saidina Umar died in the city of Medina, the place where the Prophet PBUH said that the Prophet PBUH will intercede on his behalf. Hence, we will emphasize that dying in Medina will not make someone a martyr, but he will receive the help of the Prophet PBUH in the hereafter.
May Allah give bless us with husnul khatimah death. Amin.
AL-KAFI #831: HUKUM DAHULUKAN SOLAT HAJAT MENGATASI SOLAT RAWATIB SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
- Details
- Uploaded by Muhammad Fahmi Rusli
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, apakah hukum apabila kita terus menunaikan solat hajat setelah selesai solat fardhu ? Atau adakah perlu solat sunat rawatib iaitu solat ba’diyah terlebih dahulu ?
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Kedudukan Solat Hajat
Berkenaan dengan isu ini, kami menyatakan bahawa para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum solat hajat. Ini kerana, dalil yang dijadikan hujah dalam isu ini diperselisihi status hukumnya. Sebahagian berpendapat bahawa hadis tersebut dhaif, dan tidak boleh untuk dijadikan hujah ke atas pensyariatan solat hajat. Manakala sebahagian yang lain berpandangan bahawa hadis tersebut boleh dikuatkan dengan syawahidnya, dan mereka turut menyatakan bahawa solat hajat ini termasuk di bawah fadhail al a’maal yang boleh menggunakan hadis dhaif sekiranya ia tergolong di bawah asal yang thabit.
Penjelasan panjang lebar berkenaan isu solat hajat ini telah pun kami sebutkan di dalam artikel Al Kafi Siri ke-656 yang boleh ditekuni melalui pautan berikut https://bit.ly/2NJy6tQ
Definisi Solat Rawatib Dan Kedudukannya
Dalam mazhab Al-Syafie, Imam al-Khatib al-Syarbini mendefinisikan rawatib sebagai solat yang mengikut solat-solat fardhu. Hikmah perlaksanaan solat-solat ini adalah untuk menyempurnakan atau melengkapkan kekurangan yang terhasil dari solat fardhu seperti tidak khusyuk dan juga meninggalkan tadabbur ke atas bacaan ayat Al-Quran. Lihat Al-Iqna’, Al Khatib Al-Syarbini (1/115).
Berdasarkan takrifan yang disebutkan di atas, solat rawatib adalah solat yang terikat dengan solat fardhu sama ada ia dilakukan sebelum solat fardhu iaitu yang dinamakan sebagai solat qabliyyah atau dilakukan setelah solat fardhu iaitu yang disebut sebagai solat ba’diyah.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
أَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلاَةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ
Maksudnya: Seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu adalah solat pada pertengahan malam.
Riwayat Muslim (1163)
Imam Ibn Rajab Al Hanbali Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis berikut berkata: Iaitu maksudnya (sebaik-baik solat) selepas solat fardhu dan yang mengikutinya dari solat solat sunat rawatib. Sesungguhnya solat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu adalah lebih afdhal dari qiyamullail di sisi jumhur para ulama kerana keterikatannya dengan solat solat fardhu. Rujuk Lathaif al Maarif, Ibn Rajab (1/34).
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa dari sudut hukum adalah dibolehkan solat hajat selepas sahaja dilakukan solat fardhu dan solat ba’diyah pula boleh dilakukan selama mana masih berada di dalam waktunya.
Namun sebaik-baiknya adalah dengan mengikut urutan yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu solat fardhu diiringi dengan solat rawatib. Malah, jika dijadikan solat fardhu dan solat rawatib itu sebagai wasilah kita hendak memohon hajat juga dibenarkan. Wallahua`lam.
AL-KAFI #805: ADAKAH SUTUH MASJID DIANGGAP HUKUM MASJID ATAU TIDAK?
- Details
- Uploaded by Luqman Tarmizi
SOALAN:
Assalamu’alaikum SS Dato’ Seri Mufti. Adakah sutuh masjid dianggap hukum masjid atau tidak?
JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Pertamanya, suka kami nyatakan bahawa masjid مسجِد)) merupakan nama tempat yang berasal dari perbuatan sujud, dan kalimah masjid boleh dibaca dengan masjid atau masjad. Tapi sebutan yang lebih masyhur adalah bacaan masjid . Dari segi syara’, masjid boleh didefinisikan dengan 3 makna:
PERTAMA: Imam al-Zarkasyi berkata: Setiap tempat di muka bumi ini adalah masjid, berdasarkan hadith Nabi SAW:
وَجُعِلَتْ لِي الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا
Maksudnya: Dan dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat untuk beribadat dan suci.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari 1/95 dan Muslim 1/370)
KEDUA: Tempat solat di rumah. Ini berdasarkan hadith daripada Aisyah R.anha bahawa Nabi SAW telah memerintahkan supaya dibina masjid-masjid di rumah dan di kampung, serta dibersihkan dan diwangikan. (Hadith Riwayat Abu Daud 1/85, Tirmizi 1/151)
KETIGA: Masjid adalah tempat yang dikhaskan untuk solat lima waktu yang dilakukan secara berterusan padanya.
Justeru, kami katakan setiap tempat untuk diibadatkan padanya, maka ia dinamakan masjid, namun harus diambil kira juga enakmen undang-undang yang diperuntukkan dalam konteks Malaysia.
Persoalan di atas telah menjadi khilaf dalam kalangan para ulama’.
Pendapat pertama menyatakan, sutuh mengambil hukum masjid. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Imam al-Kasani berkata: Sutuh masjid mengikut hukum masjid, dan hukum yang mengikut adalah menurut hukum yang asal. (Rujuk Bada’ie as-Sona’ie, 1/243).
Manakala Imam an-Nawawi pula menyebut, dinding masjid samada di dalam atau di luar masjid mengambil hukum masjid itu sendiri, di mana ia wajib dipelihara dan dimuliakan, maka begitu juga dengan sutuh masjid. (Rujuk Al-Majmu’, 2/143 dan Tuhfatul Muhtaj, 3/464)
Pendapat kedua pula menyebut, sutuh tidak termasuk dalam hukum masjid. Ini merupakan pendapat mazhab Maliki. Ibn Rusyd berkata, ia tidak mewarisi masjid. Kebanyakan ulama’ Malikiyyah seperti al-Baaji juga berkata demikian.
TARJIH
Kami cenderung ke arah pendapat mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hanbali, dimana ia termasuk dalam masjid. Hal ini demikian kerana apa-apa yang ada kena-mengena dengan masjid, maka ia dianggap sebagai sebahagian daripada masjid, seperti dinding, tiang dan juga sutuh. Maka ia mengambil hukum dan kehormatan masjid. Wallahu’alam.
AL-KAFI #802: HUKUM MENUNAIKAN SOLAT TANPA IQAMAT
- Details
- Uploaded by Muhammad Fahmi Rusli

Soalan:
Assalamualaikum S.S Mufti, apakah hukum bagi seseorang yang solat bersendirian untuk terus menunaikan solat sebelum melaungkan iqamah terlebih dahulu ?
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan kepada Rasulullah S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Sebelum kita menekuni perbahasan berkenaan isu ini dengan lebih lanjut, kami jelaskan berkenaan hukum-hakam berkaitan dengan iqamah terlebih dahulu.
Definisi Iqamah Serta Hukum-Hakam Yang Berkaitan
Iqamah dari sudut bahasa berasal dari masdar (kata terbitan) أقام yang bermaksud (mendirikan). Dinamakan ia sebagai suatu zikir yang khusus kerana ia membawa kepada mendirikan solat.
Dari sudut pengamalan, ada sedikit perbezaan di antara azan dan juga iqamah. Azan berfungsi untuk memberitahu mereka yang belum hadir ke masjid bahawa telah masuknya waktu solat. Manakala iqamah pula berfungsi untuk memberitahu mereka yang telah sampai ke masjid untuk bersiap sedia mendirikan solat.
Di dalam mazhab Imam al-Syafi’e, hukum iqamah adalah sunat muakkad untuk solat fardhu lima waktu sama seperti hukum azan. Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: Mazhab kami yang masyhurnya adalah keduanya (azan dan iqamah) itu sunat bagi kesemua solat semasa hadir (tidak bermusafir) dan juga semasa musafir bagi (solat) berjemaah dan juga solat bersendirian. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/88).
Pendapat ini juga turut disokong oleh beberapa tokoh fuqaha yang lain seperti mazhab Maliki. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Rushd Rahimahullah berkenaan hukum iqamah: Sesungguhnya ia (iqamah) di sisi para fuqaha bagi hak mereka yang solat bersendirian dan juga berjemaah adalah sunat muakkad dan di sisi ahli zahir (zahiriah) ia hukumnya fardhu. Mengikut pendapat pertama, tidak batal solat apabila meninggalkannya (iqamah), manakala menurut pendapat yang kedua, menjadi batal. Rujuk Bidayah al-Mujtahid, Ibn Rushd (Hlm. 109).
Hujah bagi mereka yang berpendapat bahawa hukum iqamah adalah sunat merujuk kepada hadis yang masyhur dengan sebutan المسيء صلاته (seorang lelaki yang buruk solatnya). Hadis tersebut menjelaskan bahawa Nabi S.A.W mengajarkan cara solat yang tepat dengan menyebutkan tentang wudhuk, menghadap kiblat, dan juga rukun-rukun solat. Namun tidak menyebut tentang iqamah, dan ini menandakan ia bukanlah kewajipan di dalam solat dalam erti kata tidak memberikan kesan kepada solat sekiranya seseorang itu meninggalkannya.
Hukum Solat Tanpa Iqamah
Dalam mazhab Hanbali, hukum solat tanpa iqamah adalah seperti yang disebutkan oleh Syeikh al-Khiraqi melalui katanya yang berikut: Dan sesiapa yang menunaikan solat tanpa azan dan juga iqamah kami memakruhkannya terhadap perkara itu dan dia tidak perlu mengulangi solat. Rujuk Syarah Mukhtasar Al-Khiraqi (7/31).
Manakala dalam mazhab Al-Syafi’e pula, ia adalah seperti yang dikatakan oleh Imam Al-Nawawi berikut: Sekiranya seseorang itu meninggalkan keduanya (azan dan juga iqamah) sah solatnya sama ada bersendirian atau berjemaah. Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/88).
Kesimpulan
Kami berpandangan bahawa pendapat yang lebih tepat adalah pandangan jumhur yang meliputi pandangan mazhab Al-Syafi’e bahawa hukum azan dan iqamah adalah sunat muakkad. Justeru, seseorang yang menunaikan solat tanpa iqamah maka hukumnya adalah makruh kerana meninggalkan perkara yang sunat. Ini berdasarkan sebuah riwayat berikut dari Al-Aswad dan juga Alqamah keduanya berkata:
أَتَيْنَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ فِي دَارِهِ فَقَالَ أَصَلَّى هَؤُلاَءِ خَلْفَكُمْ فَقُلْنَا لاَ . قَالَ فَقُومُوا فَصَلُّوا . فَلَمْ يَأْمُرْنَا بِأَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ
Maksudnya: Kami berdua pergi bertemu Abdullah bin Mas’ud di rumahnya lalu beliau berkata; Apakah mereka itu solat di belakang kamu ? Lalu kami menjawab: Tidak. Beliau berkata: Bangunlah kamu dan tunaikanlah solat. Dan beliau tidak menyuruh kami untuk melaungkan azan serta iqamah.
Riwayat Muslim (534)
Meskipun solat seseorang yang meninggalkan iqamah itu sah, hukumnya tetap makruh. Adalah lebih afdhal dan dituntut untuk seseorang itu tetap melakukan iqamah sebelum solat untuk keluar dari khilaf ke atas pandangan ahli ilmu yang menyatakan hukumnya wajib.
Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama. Ameen.
Copyright © 2017 Mufti of Federal Territory Office
Best viewed using latest browser for Internet Explorer 10.0 and above,
Mozilla Firefox 3.0 and above & Google Chrome with resolution of 1280 x 800
- Updated Date : 15 April 2021.