NILAIAN ZAKAT MA'DAN DAN RIKAZ

SOALAN 65 (26 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 13/07/2015)

Berapakah nilaian zakat Ma’dan dan Rikaz?

 

JAWAPAN

Harta galian dan harta purba bermaksud emas dan perak yang dikeluarkan daripada bumi. Emas dan perak yang dikeluarkan daripada bumi dan dibersihkan daripada benda-benda yang melekat dengannya dinamakan Ma’dan. Sementara emas dan perak yang tertanam di bumi sebelum kedatangan Islam dinamakan Rikaz.

            Harta rikaz ialah harta yang didapati dari dalam bumi yang merupakan harta tinggalan orang-orang zaman jahiliyyah, tidak kira sama ada emas, perak dan lain-lain serta diketahui tanda-tandanya. Jika sekiranya berlaku keraguan terhadap harta tersebut, sama ada harta tersebut peninggalan jahiliyyah atau peninggalan orang lain, maka ditanggungkan harta itu keoada harta jahiliyyah.

            Harta rikaz tidak disyaratkan cukup nisab, manakala lebihan harta itu setelah dikeluarkan zakatnya menjadi milik tuan punya tanah tersebut jika pemiliknya mengikut warisan atau ia yang mengusahakan tanah tersebut. Lihat al-Fiqh ‘ala mazahib al-Arba’ah oleh al-Jaziri.

            Harta yang terbukti tertanam pada zaman Islam, maka harta tersebut dikategorikan harta hilang. Hukum khusus tentangnya akan dihuraikan dalam bab harta terjumpa (اللقطة).

 

Nisab Ma’dan dan Rikaz