IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE- 23: BUKU SIFAT AL-MUFTI WA AL-MUSTAFTI

 sifat mufti 2.JPG

 

Soalan

Assalamualaikum Sohibus Samahah Dato’ Seri Mufti, saya ada dengar Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan buku Sifat al-Mufti wa al-Mustafti. Boleh SS Dato’ Seri terangkan isi kandungannya?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami dapati para ulama’ telah menyusun pelbagai bentuk karya berkaitan mufti dan adab fatwa serta cara bertanya kepada mufti. Begitu juga merangkumi berkaitan syarat mufti, sifat mufti dan hukum-hakam yang berkenaan dengannya.

Buku yang dikaryakan oleh Ibn Hamdan ini menjadi terjemahan penting dan utama bagi kami kerana ia di antara kitab yang terdahulu yang paling lengkap walaupun dalam Mazhab Hanbali. Kami yakin dengan sedikit nota kaki dan tahqiq yang kami zahirkan akan memberi makna yang besar kepada kita untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang disampaikan oleh pengarang.

Berkenaan dengan isi kandungannya, kami lampirkan seperti berikut:

 

Mukadimah

Metodologi Penterjemahan Kitab

Biografi Ringkas Imam Ibn Hamdan Al-Harrani

Pengenalan Asas Fatwa Dan Mufti: Hukum, Etika Dan Sejarah

 

TERJEMAHAN SIFAT AL-MUFTI WA AL-MUSTAFTI

بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

BAB 1: TEMPOH WAKTU HARUS, SUNAT, MAKRUH, HARAM, & WAJIBNYA BERFATWA

BAB 2: CIRI-CIRI SEORANG MUFTI, SYARAT-SYARAT, HUKUM HAKAM, ADAB-ADAB, DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

BAB 3: BAKI-BAKI HUKUM-HAKAM SEORANG MUFTI DAN ADABNYA SERTA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

BAB 4: TATACARA MEMINTA FATWA DAN MEMBERI FATWA SERTA PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN

BAB 5: SIFAT PEMINTA FATWA, HUKUM-HAKAM,  SERTA ADAB-ADAB YANG BERKAITAN DENGANNYA

BAB 6:  MENGETAHUI LAFAZ-LAFAZ BAGI IMAM AHMAD

BAB 7:  [MENGETAHUI] KEAIBAN DALAM PENULISAN

 

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah semoga kitab yang kami kemukakan, yang merupakan hasil karya Ibn Hamdan al-Harrani ini, akan banyak membantu institusi fatwa khususnya dan mereka yang ingin terbabit secara langsung dalam bidang kefatwaan. Kami berdoa kepada Allah supaya diampuni dosa kami atas kelemahan dan kesalahan kami.

Print