Language :  
Theme Color: blue green oren
Text Size : 
A- A A+
FAQ

11 Februari 2020 (Selasa)

Mengorak langkah dalam memperkasakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, setiap isu yang berbangkit dikalangan masyarakat akan diberi perhatian sewajarnya sama ada dari sudut kefatwaaan dan juga falak. Melalui unit falak PMWP selain menyediakan jadual waktu solat harian sebagai panduan, pengukuran dan penandaan arah kiblat bagi masjid, surau dan premis-premis adalah dibawah tanggungjawab PMWP, termasuk tanah-tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan. Bagi mendapatkan ketepatan bearing arah kiblat terutamanya di kawasan-kawasan sukar seperti tanah perkuburan di lereng-lereng bukit, PMWP telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bagi menyediakan mapping tanah perkuburan Islam beserta bearing kiblat menggunakan dron.

Untuk itu pada 11 Februari 2020 Unit Falak PMWP bersama Unit Geodasi dan Geospatial yang diketuai Sr Balya Amin bin Yusof (Jupem) telah turun ke kawasan tanah perkuburan Islam Pantai Dalam bagi tujuan menyediakan mapping arah kiblat kawasan berkenaan dimana semua kubur-kubur tersebut akan diukur arah kiblat menggunakan teknik imej dron. Penggunaan teknik imej dron bagi pengukuran arah kiblat merupakan pertama kali dilaksanakan di Wilayah Persekutuan bagi memastikan ketepatan arah kiblat terutamanya bagi kawasan tanah perkuburan di lereng bukit.