ZIARAH MAHABBAH JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN - JABATAN MUFTI MELAKA - SEKOLAH HENRY GURNEY

Ziarah kami ke Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan hanya semata-mata mahabbah, ukhuwwah dan kasih sayang kepada Sahibus Samahah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan terutamanya SS Dato' Hj. Mohd Yusof Hj. Ahmad dan SS Tuan Hj. Nor Azamir Alias, Timbalan Mufti serta sambutan yang amat meriah daripada SS Dato' Hj.Abdul Halim Tawil, Mufti Melaka dan warga Jabatan Mufti Melaka. Moga Allah merahmati usaha Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Melaka dalam memartabatkan usaha dakwah Islam di Negeri Sembilan dan Melaka. Dalam rangka ziarah mahabbah ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan, sempat singgah di Masjid Negeri, Negeri Sembilan dan beramah mesra dengan beberapa jemaah masjid. Antaranya sahabat lama kami, Ustaz Zahiruddin, Imam Masjid Negeri. Semoga ukhuwwah terus berkekalan hingga ke syurga.