QALAM MUFTI #7 : TAKZIAH KEPADA KELUARGA AL-‘ALIM AL-‘ALLAMAH AL-ADIB SYEIKH AL-MU’AMMAR MU’AWADH ‘IWADH IBRAHIM DAN AL-AZHAR AL-SYARIF

Kami tersentak menerima berita yang sedih ini dengan pemergian seorang ulama’ terkenal, al-‘Alim al-‘Allamah al-Adib Syeikh al-Mu’ammar Mu’awadh ‘Iwadh Ibrahim (1330- 1439H / 1912-2018 M). Dengan penuh keinsafan dan muhasabah diri, kami lafazkan

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kita semua milik Allah dan sesungguhnya kita kepada-Nya akan kembali.”

Sesungguhnya al-Syeikh al-‘Alim al-‘Allamah ini pernah beberapa kali kami bertemu dengannya ketika menghadiri muktamar yang dianjurkan oleh Dar al-Ifta’ al-Misriyyah dan juga Wizarah al-Auqaf di Kaherah, Mesir dalam keadaan dibawa dengan kerusi roda. Seorang Syeikh yang begitu bersemangat untuk membawa risalah Islam dan ilmu kepada khalayak masyarakat ummah. Kami kemukakan di sini biografi ringkasnya.

Syeikh dilahirkan di Daqhaliyyah, Mesir. Beliau mula menuntut di al-Azhar pada tahun 1926. Kemudian tamat pengajian peringkat rendah pada tahun 1930 dan peringkat menengah pada 1935 di Ma’had Tanta. Syeikh kemudiannya memasuki Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar dan tamat pengajian pada 1939.

Syeikh Mua’awadh pernah menjadi khatib dan tenaga pengajar di Beirut Lubnan antara tahun 1956 hingga 1962. Beliau juga pernah menjadi pensyarah pengajian tinggi pengajian hadis di Kuliah Usuluddin sehingga tahun 1973, menjadi tenaga pengajar di Kuliah Syariah di Riyadh dan tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin dan Hadis di Universiti Islam Madinah antara tahun 1979 hingga 1987.

Antara guru-guru beliau ialah:

Antara rakan-rakannya pula atau sezamannya seperti:

Beliau meninggalkan ramai murid-murid yang terkemuka dan terkenal di seluruh dunia dek kerana masa dan lama tempoh pengajarannya. Begitu juga beliau mengajar di banyak tempat. Ramai masyayikh al-Azhar yang masih hidup sekarang adalah murid kepada beliau sama ada belajar secara langsung atau tidak langsung.

Antara karyanya pula ialah:

 

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Pada pagi yang mulia ini, kami mendapat berita kematian al-‘Allamah Syeikh Mu’awwadh ‘Iwadh Ibrahim yang telah meninggal dunia pada hari Rabu, 6 Syawal 1439 Hijrah bersamaan 20 Jun 2018 Masihi. Ini bererti usianya mencecah 106 tahun. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama orang-orang yang soleh dan para ulama’. Sesungguhnya kematian para ulama’ amat menyedihkan kita semua. Benarlah kata-kata Umar Ibn al-Khattab:

لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ

Maksudnya: "Bahawa mati seribu orang kaki ibadat dengan qiamullail dan puasa pada siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.”

Riwayat al-Harith bin Abi Usamah
dalam Musnadnya (851)

Sesungguhnya ilmu dicabut oleh Allah dari kalangan manusia melalui kematian para ulama’. Dalam hadis yang sahih, daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menggengam ilmu dengan sekali cabutan, di mana Dia mencabutnya daripada para hamba-Nya. Namun Dia menggengam ilmu dengan cara mematikan para ulama sehingga tiada lagi disisakan walaupun seorang ulama. Kemudian orang ramai melantik orang-orang bodoh sebagai ketua dan pemimpin. Mereka ditanya, maka mereka (orang-orang bodoh) itu berfatwa tanpa ilmu. Maka mereka sesat dan menyesatkan.”

Riwayat Al Bukhari (100)

Sesungguhnya para ulama yang menjadi pelita kepada ummah dan pemandu ke arah hidayatullah dan juga menjadi penawar pada penyakit hati manusia. Adalah amat penting dalam membina masyarakat yang berkiblatkan kepada petunjuk Ilahi. Merekalah yang mengajar dan menyebarkan ilmu, menjadi penasihat kepada masyarakat dan pemimpin di samping menyampaikan serta menyebarkan dakwah dengan penuh hikmah dan perasaan rahmat serta ihsani.

Justeru, kematian mereka menyebabkan berlaku lompang dalam masyarakat yang mana penggantinya tidak mungkin setaraf atau senilai dengan yang telah pergi. Semoga kerajaan dapat mengusahakan untuk melahirkan para ulama’ Rabbani yang menjadi jurubicara ummah dan memberi contoh teladan terbaik sebagai qudwah dan uswah dalam membina hidup dan membangun bangsa serta masyarakat yang penuh dengan tatasusila dan adab kesopanan sebagai insani yang Rabbani.

Kami berdoa kepada Allah semoga Allah bangkitkan ramai ulama’ yang dapat mengganti mereka yang telah pergi untuk Islam dan umatnya agar sentiasa dipandu dan dipimpin mengikut petunjuk Ilahi dan Nabawi. Ameen.

Sekali lagi kami merafakkan tangan berdoa kepada Allah, semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama para nabi, syuhada’, ulama’ dan solehin. Ameen.

Semoga segala usahanya dan khidmatnya kepada agama serta ilmu yang dicurahkannya akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ