Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Tautan Mahabbah Bersama Masyarakat Orang Asli Di Tasik Banding

Pada 29 dan 30 April yang lalu, Badan Kebajikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (BAKSWIP) telah mengadakan program Tautan Mahabbah bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Akei, RPS Kemar, Tasik Banding, Grik, Perak. Program ini bertujuan untuk memanjangkan silaturrahim dan menyantuni masyarakat orang Asli melalui kunjungan mahabbah oleh deligasi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Deligasi ini diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan turut dihadiri oleh Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti, Ustaz Haji Hashim bin Salleh. Dalam kunjungan yang singkat tetapi penuh bermakna, Sahibus Samahah Datuk Mufti telah menyampaikan tausiyah kepada para penduduk selepas solat maghrib berjemaah. Penyampaian sumbangan kepada penduduk juga telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti, usai Solat Isyak berjemaah. Majlis tersebut dihadiri oleh hampir 200 orang penduduk masyarakat Orang Asli. Program ini juga telah mendapat kerjasama yang cukup padu daripada Penggerak Masyarakat Orang Asli Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).