PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN INI BERJANJI AKAN MELAKSANAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PENERAJU DALAM PENGURUSAN FATWA BERTARAF DUNIA YANG EFISYEN, PROFESIONAL DAN DIYAKINI. DENGAN INI KAMI BERSEDIA:
Menjawab pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai persoalan hukum syarak :
Tidak perlu rujukan dan penyelidikan : 1 hari bekerja
Perlu rujukan namun tidak memerlukan penyelidikan : 14 hari bekerja
Perlu rujukan dan penyelidikan : 30 hari bekerja
Memberikan fatwa yang diminta oleh pihak Kerajaan dan masyarakat di Wilayah Persekutuan dalam tempoh 30 hari bekerja;
Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dalam tempoh lapan (8) minggu dari arahan Mufti Wilayah Persekutuan
Mengeluarkan Kad Tauliah Mengajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Mesyuarat Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan
Membekalkan takwim tahunan sebelum 15 Disember tahun semasa
Mengeluarkan Surat Pengesahan Arah Kiblat dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengukuran arah kiblat.
Menerbitkan bahan penerbitan berkaitan fatwa dan penjelasan hukum secara berkala:
Tiga (3) bahan terbitan ilmiah setahun.
Sepuluh (10) risalah edaran setahun.
Memberi maklum balas aduan / cadangan / penghargaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
Membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari bekerja
Melaksanakan sesi konsultasi akidah bersama plaintif sebanyak lapan (8) atau dua belas (12) sesi berdasarkan perintah dan tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah.