Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN TERJEMAH KITAB FIQH AL-ZAKAT KARANGAN DR. YUSUF AL-QARADAWI

KUALA LUMPUR, 16-19 DISEMBER 2021 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Bahagian Sumber Maklumat telah mengadakan Bengkel Semakan Kitab Fiqh al-Zakah karangan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Bengkel ini adalah kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat – MAIWP bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diadakan selama 4 hari 3 malam di Hotel Perdana Attana, KLCC. Ia melibatkan 10 orang panel penyemak dengan 10 orang pembantu penyemak yang memberi komitmen yang penuh. Terjemahan tunggal rasmi adalah dalam Bahasa Melayu dan mensasarkan ahli akademik, asatizah dan orang awam.

Antara keperluan semakan adalah seperti di bawah:
a. Mengelakkan tertinggal ayat atau perkataan bahkan perenggan
b. Memurnikan perkataan untuk menepati maksud pengarang
c. Laras bahasa yang mudah difahami dan menjelaskan maksud
d. Struktur ayat yang tersusun

Melalui bengkel ini dianggarkan sekurang-kurangnya 40% daripada lebih 1600 mukasurat siap disemak. Insya Allah akan ada siri semakan kedua sehingga selesai.


Print   Email
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+