Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Bengkel Pemasangan Teleskop Matahari

13 Febuari 2021 (Sabtu)

Selain daripada mengadakan Cerapan Bulanan Hilal Rejab pada 12 dan 13 Februari yang lalu, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Pengendalian dan Pemasangan Teleskop Matahari. Ianya telah dikendalikan oleh Encik Shahrin Ahmad, Komunikator Astronomi Falak Online merangkap Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan.

Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pengetahuan serta mempertingkatkan kemahiran dikalangan pegawai Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam mengendalikan teleskop matahari. Seramai enam orang daripada Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah terlibat dengan bengkel tersebut. Bengkel diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebelum bermulanya cerapan bulanan hilal Rejab pada 13 Februari.


Print   Email
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+