Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Webinar Mufti : Bicara Falak “Wabak dan Penyakit dari Perspektif Ilmu Falak”

12 Mac 2021 (Jumaat) Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah telah menganjurkan Webinar Mufti Bicara Falak yang bertajuk “Wabak dan Penyakit dari Perspektif Ilmu Falak”. Webinar tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak yang merupakan salah seorang dari Panel Pakar Falak JAKIM. Seperti sesi webinar yang lalu, pihak penganjur telah menggunakan platform “Google Meet” dan menyiarkan secara langsung di ruangan “facebook” Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sambutan yang menggalakkan dari para peserta seperti sesi 1 yang lalu secara tidak langsung memberikan semangat kepada unit Falak PMWP untuk terus komited menganjurkan program-program seperti ini lagi kepada orang awam. InsyaAllah Bicara Falak siri 3 akan diteruskan dalam masa terdekat ini dengan membawakan topik yang menarik dan sarat dengan informasi berkenaan dengan Ilmu Falak oleh penceramah yang berpengetahuan luas dalam bidang ini.


Print   Email
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+