Ijtimak Kelab Falak Wilayah Persekutuan Bil. 1/2021

15 Mac 2021 (Isnin)

Pada 15 Mac 2021, telah diadakan Ijtimak Kelab Falak Wilayah Persekutuan Bilangan 1 2021, bersama guru-guru kelab falak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bernaung di bawah Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP). Perjumpaan ini telah dihadiri oleh wakil guru kelab falak sekolah bersama unit falak PMWP bertempat di Dewan Syura Tingkat 11 Menara Pusat Islam Kuala Lumpur. Turut menghadiri perjumpaan ini ialah wakil Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh ketua Unit Falak PMWP sendiri iaitu Ustaz Mohd Jais Anuar bin Ahmad.

Objektif perjumpaan ini ialah untuk berbincang, merancang dan membuat penyelarasan aktiviti bagi kelab falak sekolah di bawah unit falak PMWP sepanjang tahun 2021 selaras dengan norma baharu. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan untuk guru-guru kelab falak sekolah saling bertukar idea bagi penambahbaikan kelab falak di sekolah masing-masing sekaligus merapatkan ukhuwwah di antara para guru dan unit falak PMWP.

Harapan PMWP, semoga ijtimak kelab falak pada hari ini akan menjadi permulaan kepada perkembangan bidang falak ini untuk terus berkembang di sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Print