Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

15 Mac 2021 (Isnin)

Pada 15 Mac 2021, telah diadakan bengkel pengimejan hilal kepada kakitangan Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) yang dikendalikan oleh Encik Shahrin bin Ahmad, pengasas portal Falak Online merangkap Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan.

Bengkel tersebut telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 3.30 petang iaitu sebelum bermulanya aktiviti cerapan hilal Syaaban 1442H.

Objektif bengkel pengimejan hilal ini dilaksanakan ialah untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Falak PMWP mengenai cara dan teknik pengimejan anak bulan yang betul dan berkesan. Selain itu, ianya juga bertujuan bagi menambahkan kemahiran para pegawai dalam melakukan pengimejan anak bulan selepas proses cerapan dilakukan. Harapan PMWP, dengan adanya bengkel seperti ini, ianya dapat membantu Unit Falak PMWP dalam mengesan kewujudan anak bulan dengan lebih awal di lokasi-lokasi cerapan Wilayah Persekutuan.