Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

2 April 2021 (Jumaat)

Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Webinar Mufti Bicara Falak yang bertajuk “Ilmu Falak dalam Kehidupan Seharian” bersama warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Webinar telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Abdul Rahman bin Mustapha yang merupakan Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan menerusi platform “Google Meet” dan live di Facebook Surau Al-Qawiy Al-Amin KBS.

Antara objektif penganjuran program Bicara Falak ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang celik ilmu falak dengan mendalami ilmu yang terdapat dalam kitab turath falak. Di samping itu, ianya turut bertujuan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai peneraju dalam mempelopori pengajian ilmu falak di Malaysia serta membentuk generasi yang cintakan ilmu falak.

Oleh itu, harapan Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) agar program bicara falak ini dapat memberikan manfaat dan menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berkenaan ilmu falak serta seterusnya dapat memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya mempelajari ilmu falak dalam kehidupan kita seharian.