Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

EXECUTIVE TALK

PUTRAJAYA, 8 JANUARI 2021- PMWP telah menganjurkan Executive Talk Siri 1/2021, Program kali ini menampilkan YDH Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor. Beliau merupakan seorang figura yang amat dikenali dalam bidang kepolisan dan membanteras jenayah. Beliau mengupas tajuk “Ancaman Keselamatan kepada Akidah Umat Islam di Malaysia.

Beliau menekankan pentingnya kita mempertahankan Malaysia sebagai wilayah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menghalang anasir-anasir yang boleh mengganggu gugat perpaduan malah mengancam keselamatan dan ketenteraman awam khususnya kelompok militan dan ajaran sesat.

Wujud segelintir masyarakat yang mentafsirkan agama mengikut fahaman mereka sendiri sehingga menuduh pihak lain sebagai sesat dan kafir. Perkara ini sekiranya dibiarkan sudah pasti akan menimbulkan kegusaran dan memecahbelahkan masyarakat.

Semoga dengan perkongsian maklumat berdasarkan pengalaman beliau dapat menyuntik semangat kakitangan PMWP selaras dengan Misi PMWP memperkasakan pemahaman dan penghayatan Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.