Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN (LP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

PUTRAJAYA, 8 MAC 2021- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali, Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan 8 orang pegawai Lembaga Peperiksaan di atas kesudian kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah di Ibu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Pelbagai perkara yang telah dibincangkan oleh YBhg. Dato’ termasuk perancangan program bagi menambahbaik silibus pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta pelajar-pelajar yang akan menyambungkan pengajian seterusnya di Universiti Al-Azhar, Mesir. Semoga kerjasama ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak di masa akan datang.