IJTIMAK KELAB FALAK WILAYAH PERSEKUTUAN BIL 1/2021

KUALA LUMPUR, 15 MAC 2021- Ijtimak Kelab Falak Wilayah Persekutuan telah diadakan bersama guru-guru kelab falak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bernaung di bawah Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Perjumpaan ini berlangsung di Dewan Syura Tingkat 11, Menara Pusat Islam Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Objektif pertemuaan diadakan, adalah untuk merancang dan membuat penyelarasan aktiviti kelab falak sekolah di bawah unit falak PMWP sepanjang tahun 2021 ini. Sekaligus bagi membuka ruang perbincangan untuk penambahbaikan kegiatan kelab falak di sekolah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Jais Anuar bin Ahmad, ketua Unit Falak PMWP.

Harapan PMWP, agar rancakkan olahan yang diatur terus membuka landasan usaha bagi kelangsungan perkembangan bidang falak di sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.