LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK AGENSI AGAMA PERSEKUTUAN DI NEGERI SABAH

LABUAN, 3-7 MAC 2021- Dr. Ahmad Zaky Bin Md Ali@ Tahir Ketua Penolong Mufti Cawangan Labuan diiringi Ustaz Agku Bolkhizan Bin A Ahmad Thani Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Falak) telah membuat lawatan kerjasama strategik ke agensi-agensi agama persekutuan di Negeri Sabah. Antara agensi yang dikunjungi adalah Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Pusat Latihan Islam Kundasang.

Lawatan ini bertujuan untuk merancang dan membina kerjasama strategik bagi memperkenalkan produk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) di sekitar Sabah.

Hasil daripada lawatan ini PMWP Cawangan Labuan dengan Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu akan melaksanakan progam kaedah dakwah melalui broadcasting bersama IPDAS bagi sasaran dakwah kepada masyarakat di sekitar Kudat, Kota Marudu, Ranau dan juga kawasan pedalaman Sabah.