Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PENYELIDIKAN SOAL JAWAB (TAKHRIJ AL-HADIS)

PUTRAJAYA, 23-26 MAC 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Buhuth telah mengadakan Bengkel Penyelidikan Soal Jawab (Takhrij al-Hadis) bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Penglibatan seramai 22 orang peserta termasuk ketua unit/bahagian dan pegawai penyelidik PMWP. Bengkel ini dikendalikan oleh al-Fadhil Dr. Umar Muhammad Noor, Pensyarah Kanan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Bengkel ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran pegawai-pegawai penyelidik dalam mentakhrijkan hadis. Bengkel dimulakan dengan taklimat program dan perbincangan mengenai garis panduan penulisan artikel PMWP bagi para penyelidik yang telah disampaikan oleh Ketua Urus Setia program, Ustaz Eizzul A’la Bin Bajuri @ Mohamad, Penolong Mufti (Unit Buhuth) PMWP. Kemudian, diteruskan dengan pembentangan teori dan praktikal kaedah takhrij al-hadis yang dikendalikan oleh penceramah Dr Umar Muhammad Noor.

Program berakhir dengan Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh S.F. Ustaz Najmuddin Bin Abdul Karim, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa) mewakili YBhg. S.S. Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat memperkukuh kefahaman para penyelidik terhadap kajian-kajian yang dijalankan terutama dalam mentakhrij hadis-hadis Rasulullah SAW.