Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN BAHAN TERBITAN PMWP SIRI 2/2021

SEPANG, 29-31 MAC 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Bahagian Sumber Maklumat telah mengadakan Bengkel Semakan Bahan Terbitan PMWP Siri 2/2021 yang melibatkan seramai 30 orang pegawai penyelidik termasuk ketua unit/bahagian PMWP yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Bengkel dimulakan dengan taklimat program oleh Ketua Urus Setia program Ustaz Mohd Ghazali Bin Mohamed Nor, Penolong Mufti Bahagian Sumber Maklumat PMWP.
Peserta bengkel kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk semakan silang ‘cross check’ artikel yang akan dimasukkan dalam buku terbitan PMWP dengan dibimbing oleh YBrs. Dr. Syed Shahridzan Bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) PMWP.

Program berakhir dengan majlis penangguhan yang disempurnakan oleh S.F. Ustaz Najmuddin Bin Abdul Karim, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa) mewakili YBhg. S.S. Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga dengan pelaksanaan semakan ini menatijahkan hasil bahan terbitan ilmiah yang berkualiti dan terbaik untuk dijadikan sumber rujukan bagi ummah, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.