Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA RUKYAH DAN FALAK WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 01/2021

PUTRAJAYA, 1 APRIL 2021- S. S. Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengetuai persidangan Mesyuarat Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan dan Mesyuarat Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan Bil. 01/2021 secara bersemuka mengikut pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bertempat di Dewan Syura, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperakukan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tahun 2021, penetapan tarikh melihat anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijah bagi tahun 1442H serta pembentangan cadangan kaedah cerapan hilal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, isu-isu berbangkit falak turut dibincangkan bersama-sama di dalam selingan mesyuarat yang telah berlangsung tersebut.


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+