Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS TAUSIAH SYAHRI & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2020

PUTRAJAYA, 12 APRIL 2021- Majlis Tausiah Syahri & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 yang berlangsung di ruang legar Pejabat Mufti Persekutuan (PMWP) telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam ucapan perasmiaan tersebut, beliau telah berkongsi pengalamannya menghadiri persidangan antarabangsa serta harapan dan nasihat beliau kepada para pegawai setiap bahagian dan unit PMWP Cawangan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus memacu juga merancang program yang memberikan impak kepada institusi dan masyarakat.

Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman turut merakamkan ucapan penghargaan dan Tahniah kepada para pegawai yang menjadi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Jabatan Perdana Menteri bagi tahun 2020 iaitu Ustaz Tajul Urus Bin Abdul Halim, Ustaz Ismail Bin Ishak, Puan Noor Irma Binti Mohd Noor dan Puan Siti Zulaiha Binti Khalid.

Di akhir ucapan beliau, Para pegawai PMWP dinasihatkan agar menggunakan waktu dan masa sebaik mungkin dan mempertingkat amalam ibadat, bersempena dengan bulan Ramadan yang tiba ini. Diharapkan dengan semangat Ramadan ini dapat menambahkan lagi semangat dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah yang diberikan.

 

 

 

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+