BILLION STAR WORKSHOP

LABUAN, 2-4 APRIL 2021– Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (PMWPCL) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Billion Star Workshop di Pulau Rusukan Besar, Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini melibatkan seramai 8 orang pegawai termasuk Ustaz Jais Bin Anuar, Ketua Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengukuhkan kemahiran pegawai-pegawai dalam fotografi dan pengendalian teleskop. Sesi bengkel dimulakan dengan taklimat oleh ketua urusetia program Ustaz Agku Bolkhizan Bin A Ahmad Thani. Kemudian penerangan fotografi oleh Encik Roslan Bin Alias dan diteruskan dengan ceramah teori serta amali kaedah cerapan objek samawi oleh Ustaz Agku Bolkhizan Bin A Ahmad Thani bersama Ustaz Mohd Ridzuan Bin Binbun. Pemantapan kaedah penentuan arah kiblat secara amali juga turut didemonstrasikan oleh Ustaz Agku Bolkhizan Bin A Ahmad Thani selaku ketua unit Falak PMWP Cawangan Labuan.

Hasil yang memberangsangkan apabila pegawai-pegawai mengaplikasikannya pada Fenomena Istiwa Tempatan yang berlaku pada hari Sabtu, 3 April 2021 yang lalu. Program berakhir dengan sesi penilaian fotografi oleh Encik Roslan Bin Alias, Ustaz Agku Bolkhizan Bin A Ahmad Thani, Ustaz Jais Bin Anuar dan Ustaz Mohd Ridzuan bin Binbun.

 

 

 

 


Cetak   Emel