Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Mesyuarat Jawatankuasa Rukyah Dan Falak Wilayah Persekutuan Bil. 1/2021

1 April 2021 (Khamis)

Pada 1 April 2021 bersamaan 18 Syaaban 1442H, telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan dan Mesyuarat Jawatankuasa Falak Wilayah Perseketuan Bil. 01/2021. Mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Syura, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kompleks Islam Putrajaya secara bersemuka dengan penjagaan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah digariskan oleh kerajaan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Tujuan mesyuarat ini dijalankan antaranya adalah untuk memperakukan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tahun 2021, penetapan tarikh melihat anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijah bagi tahun 1442H serta pembentangan cadangan kaedah cerapan hilal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, isu-isu berbangkit berkaitan falak turut dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut.