Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGAWASAN DAN PENGAJARAN MENGAJAR AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 1/2022

PUTRAJAYA, 8 FEBRUARI 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan dan Pengajaran Agama Wilayah Persekutuan Bil. 1/2022 telah diadakan bagi memperakukan pentauliahan kepada pemohon yang telah dinilai melalui Temu Duga Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 1/2022 yang diadakan pada 25 dan 26 Januari 2022 selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993: Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006.

Selain Itu, seramai 196 orang pemohon telah berjaya memperbaharui tauliah selepas lulus temu duga dan semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Majlis juga turut dihadiri oleh Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan wakil dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta PDRM.