Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN KALI KE-135

PUTRAJAYA, 10 FEBRUARI 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-135 secara hibrid di Dewan Syura, PMWP pada 10 Februari 2022. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan dihadiri seramai 13 orang ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang lain.

Sebanyak 6 kertas cadangan daripada pihak PMWP, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dibentangkan dalam mesyuarat ini bagi mendapatkan pandangan dan keputusan berdasarkan perbincangan ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.