Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

LAWATAN PENYELIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 3 MAC 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerima lawatan penyelidikan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang diketuai oleh Encik Hazwan Syah Niezam bin Abd Hanif, Ketua Bahagian Pengurusan Syariah di Dewan Syura, PMWP. Lawatan ini disambut baik oleh SF Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim, Ketua Penolong Mufti (Fatwa), SF Dr. Syed Syahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) serta beberapa orang pegawai penyelidikan Unit Buhuth, PMWP.

Dalam lawatan ini, pihak LZNK telah membincangkan hala tuju penyelidikan zakat LZNK. PMWP turut mengambil peluang berkongsi isu-isu penyelidikan PMWP khususnya berkaitan zakat secara dua hala kepada tetamu kehormat LZNK yang hadir. Di akhir perbincangan, PMWP berhasrat untuk memberikan kerjasama yang diperlukan oleh pihak LZNK sekiranya diperlukan terutamanya dalam melibatkan isu-isu penyelidikan berkaitan zakat. Pihak PMWP juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak LZNK yang hadir atas perkongsian yang diberikan. Semoga perbincangan dua hala ini memberikan input yang berguna kepada kedua-dua jabatan.