Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM WACANA FATWA SEMASA/BICARA MUFTI PERINGKAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 10 MAC 2022 – Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Bahagian Sumber Maklumat telah menganjurkan Program Wacana Fatwa Semasa/Bicara Mufti bertempat di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Kuala Pumpur. Program ini dilaksanakan secara hibrid iaitu melibatkan 30 orang peserta hadir secara bersemuka dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala 100 orang peserta lain hadir melalui aplikasi dalam talian (google meet).

Wacana Fatwa Semasa/Bicara Mufti merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PMWP bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat awam mengenai isu-isu dan fatwa semasa yang dihadapi oleh umat Islam masa kini. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan warga DBKL berkaitan isu-isu integriti semasa umat Islam khususnya isu-isu akidah di media sosial.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis iaitu Ustaz Abdullah bin Hashim, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Integriti DBKL dan diteruskan dengan sesi ceramah berkaitan isu-isu akidah oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab antara peserta secara bersemuka dan soalan-soalan daripada peserta online bersama penceramah. Para peserta berharap agar program seumpama ini dilaksanakan lagi pada masa hadapan.