Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN TERJEMAHAN MUQADDIMAH KITAB AL-MAJMUK SIRI 2/2022

PUTRAJAYA, 30 MAC 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui anjuran Unit Buhuth, PMWP sekali lagi mengadakan Bengkel Semakan Terjemahan Muqaddimah Kitab Al-Majmuk Siri 2/2022 pada 28 hingga 30 Mac 2022 bertempat Hotel Concorde Shah Alam. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memurnikan terjemahan bahan-bahan penyelidikan bagi menepati maksud yang dikehendaki berdasarkan kitab berkenaan.

Bengkel ini telah diketuai oleh SF Ustaz Akhrun bin Musa, Penolong Mufti Unit Buhuth, PMWP dan turut hadir, SF Ustaz Eizzul ‘Ala, Penolong Mufti Unit Istinbat, PMWP serta panel pakar dan beberapa orang pegawai penyelidik dari Unit Buhuth, PMWP.