Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KLINIK HUKUM WANITA

PUTRAJAYA, 5 APRIL 2022 – Unit Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) dengan kerjasama Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, MOSTI dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Buhuth, PMWP telah menganjurkan Klinik Hukum Wanita  di Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, MOSTI, Putrajaya pada 5 April 2022 jam 11.30 pagi. Klinik hukum ini dilaksanakan secara hibrid iaitu melibatkan beberapa orang peserta yang hadir secara bersemuka dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan hadir melalui aplikasi dalam talian (zoom).

Klinik Hukum Wanita ini bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada warga wanita MOSTI mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan agama serta khidmat nasihat agama berkaitan wanita khususnya. Sesi klinik hukum wanita hari ini telah disampaikan oleh Ustazah Ainul Yaqin binti Bakharudin, Pegawai Penyelidik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan membawa tajuk berkaitan Darah Wanita. Perkongsian ini berakhir dengan sesi soal jawab antara peserta secara bersemuka dan soalan-soalan daripada peserta online bersama penceramah. Semoga pelaksanaan seperti ini memberikan manfaat yang berguna dan berpanjangan kepada seluruh masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.