Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DIPERKENAN TERIMA MENGHADAP KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2022 – Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah diperkenan terima menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara pada 13 April 2022.

SS Datuk Dr. Luqman telah menyembah maklum perjalanan pengurusan berkaitan hal ehwal Islam khususnya dengan menyentuh peranan dan fungsi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berteraskan kepada kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakat. Beliau juga memaklumkan kejayaan dan keberhasilan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang bergiat akftif dalam mengurus dan menganjurkan program-program dalam pelbagai bidang walaupun negara sedang berhadapan endemik Covid-19.

SS Datuk Mufti menjunjung kasih atas perkenan Kebawah  Duli Yang  Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  semoga hubungan erat umarak dan ulamak  kekal erat dan mesra serta membawa pelbagai manfaat kepada semua pihak khususnya umat Islam di Malaysia.

Daulat Tuanku.