Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TAUSIAH KHAS DARIPADA SHEIKH MAULANA DR. SAYYID SALMAN AL HUSAINI AN NADWI, REKTOR UNIVERSITI SYED AHMAD SHAHEED, INDIA

PUTRAJAYA, 23 MEI 2022 – Kunjungan hormat Sheikh Salman Al Husaini Al Nadwi ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah disambut baik oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama pegawai kanan PMWP, Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), Ustaz Akhrun bin Musa, Ketua Unit Buhuth dan para pegawai penyelidik daripada Unit Buhuth.

 Sheikh Salman Al Husaini Al Nadwi telah menyampaikan tausiah khas kepada para pegawai yang hadir dengan menekankan beberapa inti pati penting. Antaranya adalah kesepaduan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam bagi mengelakkan daripada perselisihan yang boleh membawa kepada perpecahan. Beliau juga menasihatkan agar setiap institusi fatwa hendaklah bebas daripada sebarang bentuk fahaman yang berkecenderungan ke arah ketaksuban dan ekstremisme.

Selain itu, masyarakat awam juga hendaklah menjadikan Mufti dan institusi fatwa di negeri masing-masing sebagai pusat rujukan utama terutamanya dalam hal ehwal hukum syarak. Beliau turut menegaskan bahawa tidak berpegang kepada mana-mana mazhab boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan terhadap hukum Islam kerana didorong oleh syahwat dan hawa nafsu.

Diharapkan dengan penyampaian tausiah khas ini dapat memberi dorongan dan semangat kepada para pegawai penyelidik PMWP untuk menghasilkan kajian penyelidikan yang bermutu dan bermanfaat kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya.