Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT DARIPADA DELEGASI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 26 MEI 2022 - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Salahuddin bin Haji Ghozali, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya atas kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP). Majlis turut dihadiri oleh Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan).

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan kerjasama serta berkongsi pendapat serta pandangan dalam beberapa perkara berkepentingan dan cadangan program yang berkolaborasi antara kedua-dua agensi.

Sebagai tanda cenderahati daripada PMWP, SS Datuk Dr. Mufti telah menyampaikan beberapa naskhah bahan terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kepada tetamu kehormat yang hadir.

Semoga ukhuwah yang terjalin antara dua pihak ini membawa kebaikan kepada semua pihak pada masa yang akan datang.