BENGKEL QAWAID FIQHIYYAH

PUTRAJAYA, 2 OGOS 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Bengkel Qawaid Fiqhiyyah di Hotel Pulse Grande, Putrajaya selama 2 hari bermula pada 1 hingga 2 Ogos 2022. Seramai 30 orang menyertai bengkel ini termasuk tiga pegawai penyelidik daripada Jabatan Mufti Selangor.

Bengkel ini adalah bagi membincangkan isu-isu dan permasalahan berkaitan dengan Qawaid Fiqhiyyah melalui perkongsian ilmu dan pembentangan daripada pembentang jemputan, Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil Noor. Melalui bengkel tersebut, para penyelidik dapat mengukuh serta memantapkan penguasaan ilmu khususnya ilmu Qawaid Fiqhiyyah. Selain itu, para penyelidik juga didedahkan isu-isu semasa yang boleh dikaitkan dengan isu syariah selaras dengan perkembangan semasa. Sebelum mengakhiri bengkel, telah diadakan suatu perbincangan dan bertukar pandangan sesama penyelidik dengan bantuan pembentang jemputan agar dapat diaplikasikan berdasarkan ilmu dan input yang diperolehi sepanjang bengkel. Program berakhir dengan majlis perasmian penutupan dan penyampaian cenderahati daripada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.