Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS MUZAKARAH PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 4/2022

PUTRAJAYA, 30 OGOS 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Majlis Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Wilayah Persekutuan Siri 4/2022 pada 30 Ogos 2022 di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni. Seramai 62 orang pemegang tauliah yang hadir bagi mengikuti majlis muzakarah ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
 
Majlis muzakarah dimulakan dengan penyampaian ceramah berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Dr. Mohd Aizam bin Mas’od, Pegawai Khas kepada YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kemudian, diteruskan dengan ceramah daripada Ustaz Eizzul A’la bin Bajuri@Mohamad, Penolong Mufti Unit Istinbat PMWP yang bertajuk ‘Fatwa-Fatwa Semasa Wilayah Persekutuan’ dan slot ceramah muzakarah berakhir dengan perkongsian maklumat berkaitan ‘Isu-Isu Semasa Agama Yang Mengancam Keselamatan Negara’ yang disampaikan oleh Supt. Mohd Faizul bin Mohd Majid, Pegawai Turus E2 Cawangan Khas IPK Kuala Lumpur.
 
Ketika majlis penutupan program ini, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan tahniah kepada pemegang-pemegang tauliah yang hadir pada majlis muzakarah kali ini. SS Datuk Dr. Luqman turut menasihatkan agar para pemegang tauliah sentiasa berhati-hati dalam penyampaian ilmu agama agar tidak menimbulkan isu-isu yang sensitif melalui media sosial. Beliau juga menasihatkan agar sentiasa berlapang dada menerima pandangan yang dilontarkan dalam kalangan para asatizah tanpa terus menghukum bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian.
 
Majlis berakhir dengan penyampaian sijil tauliah kepada wakil pemegang tauliah yang hadir. Semoga majlis muzakarah ini memberikan input dan panduan kepada para asatizah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendakwah bertauliah dan pendidik buat masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.