KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2023 - Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai oleh Encik Mohammad Amir bin Azizan, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan KDN di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Kuala Lumpur hari ini. Turut bersama-sama menyambut kehadiran ahli kunjungan, Sahibul Fadilah Ustaz Mohd Ghazali bin Mohamed Nor, Ketua Bahagian Sumber Maklumat (BSM).

Semoga kehadiran tetamu dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara kedua belah pihak.