Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SEMINAR BAYAN LINNAS DAN IRSYAD AL-FATWA

KUALA LUMPUR | 24 NOVEMBER – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIM) telah menganjurkan Seminar Bayan Linnas dan Irsyad al-Fatwa baru-baru ini bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam. Program yang bertujuan sebagai penerangan kepada masyarakat umum berkenaan hal ehwal Islam semasa agama Islam telah dirasmikan oleh YB Mejar General Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam program tersebut, beliau turut melancarkan logo, laman web dan dua terbitan terbaharu PMWP, Buku Bayan Linnas dan Risalah Irsyad al-Fatwa. Turut bersama hadir meraikan program tersebut ialah Tuan Haji Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+