Qalam Mufti #6 : Ramadhan... Semoga Bertemu Lagi!

 

Ketika bermulanya puasa, terasa begitu lama bagi menghabisi sebulan dek kerana perasaan lapar dan dahaga sentiasa bermain di minda. Namun sekarang ia terasa begitu pantas. Itulah nilai masa. Jika kita tidak mengambil peluang nescaya tinggallah kita dalam kerugian. Benarlah firman-Nya:

وَالْعَصْرِ

Maksudnya: “Demi Masa!”

(Surah al-‘Asr: 1)

Ramadhan yang menyediakan Mukhayyam Tarbawi banyak mendidik, mengasuh dan meluruskan akhlak serta perjalanan hidup kita ini. Peristiwa yang terjadi kepada kita telah mendewasakan nilai kemanusiaan kita. Ia mematangkan kita baik dari sudut fikir, nazrah dan juga tindakan yang kita ambil.

Banyak iktibar dan hikmah yang telah kita pungut dalam sebulan Ramadhan ini. Antaranya:

Justeru, Ramadhan sebagai bulan rahmat, maghfirah, sabar, syukur, mahabbah dan sifat mahmudah terangkum dalam ‘mukhayyam tarbawi’ ini. Ia tiada pada bulan lain. Inilah kurniaan Ilahi yang cukup hebat. Itulah Ramadhan.

Semoga ianya muncul lagi dalam hidup kita agar kita berkesempatan mengisinya dengan acara ketaatan kepada-Nya.

Akhir kalam, semoga Allah menerima ibadat Ramadhan kita yang melayakkan kita meraih apa yang difirman-Nya:

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: “…supaya kamu bertaqwa.”

(Surah al-Baqarah: 183)

Ameen.

Ramadhan…semoga bertemu lagi.

 

Akhukum fillah,

SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

28 Ramadhan 1439 H bersamaan 13 Jun 2018.