Seminar Bayan Al-Aqidah Siri 1/2017

Pada 31 Julai 2017 (Isnin), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Seminar Bayan Al-Aqidah Siri 1/2017 bertempat di Dewan Kristal, Aras B1, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Presint 4, Putrajaya. Antara isu yang dibentangkan adalah bertajuk “Mengenali Gerakan New-Ateisme” dan Forum “Ancaman Fahaman Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme Dalam Agama : Selamatkah Akidah Kita?”. Seminar separuh hari tersebut telah berjalan lancar dan telah dihadiri hampir 200 orang peserta terdiri daripada penjawat awam sekitar Putrajaya.

Cetak