Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
  • Welcome-BM
  • Tahniah Dan Selamat Datang SS Mufti - BM
  • Ucapan Raya 1441H - BM
  • APC PMWP 2019 - BM
  • eFatwa-BM

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 135 (21 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 9 RABIULAWAL 1437H)

Kredit

SOALAN

Assalamualaikum Tuan Sahibus Samahah,

Boleh Dr. beri penjelasan berkenaan aurat lelaki bagi sesetengah mazhab iaitu boleh menampakkan lutut dan peha. Jazakallah khoir

 

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Mazhab Hanafi menganggap apa yang di antara pusat dan lutut sebagai daerah aurat. Mereka menganggap lutut itu aurat sedangkan pusat tidak. Manakala mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan antara pusat dan lutut itu aurat dan pusat dan lutut itu sendiri bukan aurat. Adapun mazhab Maliki, Zahiri dan satu pandangan daripada Imam Ahmad menyatakan bahawa peha itu bukan aurat. Namun kami tegaskan bahawa meskipun lutut dan pusat bukan aurat dalam mazhab Syafie, namun para ulama menegaskan bahawa ia tetap wajib ditutup berdasarkan qaedah: ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب Maksudnya: Jika suatu perkara yang wajib tidak sempurna melainkan dengan perkara yang lain, maka perkara yang lain itu turut menjadi wajib, Dalam kes ini, apa-apa di antara pusat dan lutut tidak akan sempurna melainkan jika pusat dan lutut turut ditutup. (Rujuk Al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 205) Wallahuaʿlam

  • Kerajaan Malaysia MAMPU JPA JAKIM JAWHAR
  • JKSM MSC IIM BPA SPA Tabung Haji