Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

CERAPAN HILAL RAMADAN 1444H

PUTRAJAYA, 22 MAC 2023 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H di 3 lokasi melihat anak bulan iaitu di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konveksyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
 
Selain ahli jawatankuasa melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan, turut terlibat adalah Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Anak Bulan (hilal) telah kelihatan di lokasi cerapan UMSKAL WP Labuan dan PICC Putrajaya. Hasil kenampakan hilal bagi kesemua lokasi tersebut dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada.
 
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk turut serta di dalam Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan di Menara Kuala Lumpur.