Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

 

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Pada pagi ini, kami dikejutkan dengan kematian seorang tokoh mufakkir Islami yang amat saya kagumi sedari dulu lagi. Beliau ialah Prof Dr Muhammad Imarah yang memegang pelbagai jawatan penting di Universiti al-Azhar. Lahir pada 8 Disember 1931 di pedalaman Mesir, Kafr al-Syeikh. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak kecil dan terkenal sebagai penggerak utama media dan majalah, antaranya Mesir al-Fata.

Beliau menyiapkan PhD dalam bidang Falsafah Islam di Universiti Kairo pada tahun 1975. Banyak menghasilkan karya lebih daripada 300 buah. Antaranya Barat dan Islam: Di Mana Silap dan Di Mana Benar. Buku yang terakhir karangan beliau ialah al-Khitab al-Dini Baina al-Tajdid al-Islami wa al-Tabdid al-Amrikani.

Beliau cukup mengkagumi pemikiran Syeikh Muhammad al-Ghazali. Dalam kunjungan kami ke Mesir beberapa tahun dahulu, sempat kami memasuki kelasnya dan mendengar syarahannya kepada pelajar-pelajar. Saya tidak katakan kecuali beliau mempunyai pemikiran yang tajam dan layaklah beliau dianggap sebagai mufakkir Islami yang hampir seiras dengan Syeikh Muhammad al-Ghazali Rahimahullah.

Semoga Allah SWT menempatkannya bersama orang-orang yang soleh. Amin.