Cerapan Hilal Syaaban 1442H

14 & 15 Mac 2021 (Ahad & Isnin)

Pada 14 dan 15 Mac yang lalu, Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), telah mengadakan Cerapan Bulanan Hilal Syaaban 1442H. Aktiviti cerapan ini telah diadakan di Menara Kuala Lumpur pada 14 Mac 2021 dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Mac 2021.

Cerapan ini dilaksanakan adalah untuk menyemak data hilal bagi penentuan awal bulan Syaaban 1442H dengan berpandukan kaedah Imkanur Rukyah. Ia juga adalah untuk membantu mengesahkan data rukyah yang disediakan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Antara agensi yang turut terlibat dalam cerapan bulanan hilal Syaaban 1442H tersebut adalah JUPEM dan JAKIM.

Data Hilal pada 14 dan 15 Mac 2021 di Menara KL dan PICC adalah seperti berikut ;

Menara KL (14 Mac 2021)
• Bulan Terbenam : 20:14
• Umur Hilal : 25j 53m
• Matahari Terbenam : 19:25
• Ijtimak : 18:21 (13/3/2021)
(hasil cerapan – anak bulan tidak kelihatan/Awan tebal)

PICC (15 Mac 2021)
• Bulan Terbenam : 20:57
• Umur Hilal : 50j 35m
• Matahari Terbenam : 19:25
• Ijtimak : 18:21 (13/3/2021)
(hasil cerapan – anak bulan tidak kelihatan/Awan tebal)

Cetak