اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

LAWATAN PENYELIDIK INDEKS MAQASID SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE PMWP

PUTRAJAYA, 18 OGOS 2023 - Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyambut baik kehadiran kumpulan  penyelidik  Indeks Maqasid Syariah Negara Brunei Darussalam ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat, Ahli Jawatankuasa Kumpulan Penyelidik Indeks Maqasid Syariah Negara Brunei Darussalam. Turut bersama-sama meraikan kehadiran tetamu daripada negara serantau ini, Sahibul Fadilah Dr, Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), PMWP.

Kehadiran delegasi daripada negara Brunei ini bertujuan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran berkaitan aplikasi Maqasid di Malaysia. Semoga kehadiran daripada delegasi ini dapat memperkukuhkan hubungan yang baik dua hala ini khususnya mencapai kata sepakat dalam hal ehwal penyelidikan dan kefatwaan.