اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN HADIRI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN ARAB SAUDI

KUALA LUMPUR, 21 September 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi yang berlangsung di Kuala Lumpur. Majlis tersebut menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Dr. Maszlee Malik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor, bersama para tetamu kehormat serta wakil diplomatik.

Mufti Wilayah Persekutuan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas hubungan erat serta kerjasama yang terjalin bersama Malaysia, khususnya dalam hal ehwal keagamaan dan pembangunan umat Islam. Semoga hubungan baik antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi kemaslahatan umat Islam.